Photo Editing Using Photoscape
14 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti "Photo Editing Using Photoscape" bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan, Perlis. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.00 sehingga 5.00 petang. Aktiviti ini disertai seramai 4 orang peserta. Para peserta diberi pendedahan menggunakan perisian Photoscape untuk mengedit gambar.Tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menggunakan peralatan komputer dan mempelajari cara mengedit gambar menggunakan perisian Photoscape. Selain itu, ia juga dapat memupuk minat peserta dalam bidang ICT. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan silahtulrahim PI dengan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: